ILPBT

Lanjutan mengenai soalan Tugasan ILPBT Sesi 6 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai yang bertanya kepada saya mengenai tugasan masing-masing, di mana ramai yang telah membuat kajian terhadap perisian yang tidak menepati kehendak soalan. Sebagai contoh ada yang membuat perbandingan perisian antivirus, perisian anti-spyware dan lain-lain.

Namun yang sebenarnya yang saya mahukan ialah perisian yang membolehkan kawalan terhadap penggunaan internet dari memasuki laman yang tidak sesuai, laman yang mengandungi elemen phishing seperti yang di pelajari di kelas tempoh hari.

Contoh perisian yang tepat ialah perisian firewall yang terdapat dalam Windows XP SP2, perisian lain untuk organisasi dan kegunaan rumah seperti Barracuda Internet Filter, Symantec 360, Website Echo dan Cyberpatrol .

Contoh lain boleh didapati dengan membuat carian menggunakan tag cybersecurity, internet content filtering, firewall, url filtering dan yang berkaitan dengan tag tersebut. Tuan-puan boleh menerangkan juga bagaimana perisian tersebut berfungsi contoh seperti menggunakan engine url filter, meta tag filter, ip address filter, port filter dan yang berkaitan.

Kalau ada contoh pemasangan seperti network diagram lagi baik.. 🙂 Extra mark untuk effort.Contohnya boleh didapati disini. :- http://www.cisco.com/warp/public/110/pix_asa_url_filtering.html.

Tetapi perlu di ingatkan jangan letak gambar yang di ambil dari laman web tersebut sebarangan dan diletakkan di dalam blog anda. Perhatikan isu copyright samada dibenarkan atau tidak. Anda cuma boleh link balik ke alamat tersebut. Untuk tugasan bercetak boleh.

Okey dengan penjelasan ini di harapkan dapat membantu semua untuk membuat tugasan dengan lebih baik.

Kalau boleh bekerjasama supaya jawapan jangan “sama”. Penilaian dibuat bukan berdasarkan perisian yang dipilih. Ketepatan, kefahaman dan effort tuan-puan yang akan saya nilai. Kalau ada masalah, boleh beri komen pada blog saya ataupun email terus kepada saya.

Sila rujuk kata kunci ini di dalam wikipedia.
http://en.wikipedia.org/wiki/Network_Access_Control

Dari Networkworld
http://www.networkworld.com/topics/nac.html

Sekian, wasalam.

ILPBT

Tugasan ILPBT Sesi 6 Tahun 2008

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pertama sekali saya memohon maaf di atas kelewatan yang berlaku. Ini adalah kerana saya telah mengalami masalah teknikal dengan komputer saya di mana folder data yang saya simpan untuk segala nota dan soalan tidak dapat dibuka atas sebab mungkin kena virus yang saya pun tidak dapat kesan sehingga kini.

Tajuk tugasan tuan-puan adalah seperti berikut :-

Bagaimana mengawal penggunaan internet menggunakan perisian tertentu dari segi capaiannya di rumah dan organisasi?

Kajian yang perlu ada untuk pengisian ialah :-

  1. Pilih satu perisian yang sesuai untuk kegunaan di rumah dan organisasi. (Satu jenis perisian untukpenggunaan internet di rumah dan satu jenis yang berbeza untuk organisasi).
  2. Nyatakan kenapa anda pilih kedua-dua jenis perisian tersebut. Contoh, dari nasihat pakar komputer yang bertauliah, dari vendor atau mungkin saranan dari majalah berkaitan komputer.
  3. Nyatakan dari mana maklumat tersebut diperolehi dengan tepat. Jikalau dari majalah / suratkhabar nyatakan tarikh artikel dan dari mana diperolehi di dalam ‘blog’ tuan-puan . Salinan fotostat boleh dimasukkan di dalam hardcopy.
  4. Nyatakan ciri-ciri perisian tersebut dengan lengkap dari segi – kebaikan, keburukan (jika ada) kebolehan / features. keperluan minimum perisian dan spesifikasi .
  5. Pendapat / kesimpulan anda sendiri tentang kepentingan penggunaan perisian tersebut.

Secara keseluruhannya tugasan ini menambahkan pengetahuan anda dalam menyediakan rumusan / ringkasan kajian terhadap keputusan pembelian perisian berkaitan komputer di dalam organisasi dan juga untuk kebaikan sendiri.

– Cara penulisan adalah mudah, buat secara point form di blog anda dan satu lagi yang lebih lengkap di dalam harcopy. (Kedua-dua maklumat dari blog dan hardcopy akan diberi markah)

– Setelah siap segala maklumat dan kajian, tuan puan bolehlah meletakkan alamat / link ke wordpress tuan- puan untuk saya semak di dalam bahagian comment tajuk blog ini.

– Tarikh menghantar kajian ini adalah 3 minggu dari tarikh blog ini dipaparkan.

– 3 Pelajar awal yang menghantar akan mendapat markah tambahan.

Sekali lagi saya memohon maaf dari segi kelewatan yang berlaku. Jikalau terdapat sebarang masalah bolehlah berhubung dengan saya melalui telefon pejabat / email.

Sekian terima kasih dan selamat berjaya.

ILPBT

Tugasan Forum Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan telah di semak.

Assalamualaikum kepada yang terlibat dalam ujian kali ini, iaitu pelajar Sesi 5 Kursus ILPBT Selangor, saya ingin mengumumkan jawapan dan kajian anda mengenai forum telah disemak. Namun ada beberapa perkara yang perlu saya nyatakan disini sebagai kesimpulan :-

  • Ada tugasan yang disediakan mukasuratnya tebal, tetapi “kandungannya” amatlah nipis.
  • Ada tugasan yang mukasuratnya nipis tetapi “kandungannya” sangat padat dan bernas.
  • Ada yang sangat baik dan ada juga yang macam biasa. Namun saya menggalakkan semua terus menggunakan apa yang telah dipelajari kerana mungkin suatu hari nanti ada orang yang akan bertanya kepada anda dan anda boleh menjawab. Saya telah melakukannya dan saya tahu apa maksud anda.

Tahniah kepada semua.

ILPBT

Forum – Platform Penyelesaian Konflik Era Digital

Tajuk Forum Yang dipilih :- Lowyat.Net

Review disini …. (Pengenalan,tujuan forum,maklumat am, kesimpulan)

– Jenis forum :- Hobi, sukan, badminton.

– Jenis-jenis pengguna forum.:- Orang awam, ahli sukan.

– 5 Kebaikan

– 5 Keburukan

Kandungan Subforum :-

Lowyat.NET -> Lifestyle -> The Sports Channel

Di dalam forum ini terdapat konflik yang boleh diambil sebagai contoh yang akan saya gunakan.

Alamat url konflik tersebut ialah http://forum.lowyat.net/topic/553544

Screeenshot

forum.jpg