Tugasan ILPBT Sesi 6 Tahun 2008

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pertama sekali saya memohon maaf di atas kelewatan yang berlaku. Ini adalah kerana saya telah mengalami masalah teknikal dengan komputer saya di mana folder data yang saya simpan untuk segala nota dan soalan tidak dapat dibuka atas sebab mungkin kena virus yang saya pun tidak dapat kesan sehingga kini.

Tajuk tugasan tuan-puan adalah seperti berikut :-

Bagaimana mengawal penggunaan internet menggunakan perisian tertentu dari segi capaiannya di rumah dan organisasi?

Kajian yang perlu ada untuk pengisian ialah :-

  1. Pilih satu perisian yang sesuai untuk kegunaan di rumah dan organisasi. (Satu jenis perisian untukpenggunaan internet di rumah dan satu jenis yang berbeza untuk organisasi).
  2. Nyatakan kenapa anda pilih kedua-dua jenis perisian tersebut. Contoh, dari nasihat pakar komputer yang bertauliah, dari vendor atau mungkin saranan dari majalah berkaitan komputer.
  3. Nyatakan dari mana maklumat tersebut diperolehi dengan tepat. Jikalau dari majalah / suratkhabar nyatakan tarikh artikel dan dari mana diperolehi di dalam ‘blog’ tuan-puan . Salinan fotostat boleh dimasukkan di dalam hardcopy.
  4. Nyatakan ciri-ciri perisian tersebut dengan lengkap dari segi – kebaikan, keburukan (jika ada) kebolehan / features. keperluan minimum perisian dan spesifikasi .
  5. Pendapat / kesimpulan anda sendiri tentang kepentingan penggunaan perisian tersebut.

Secara keseluruhannya tugasan ini menambahkan pengetahuan anda dalam menyediakan rumusan / ringkasan kajian terhadap keputusan pembelian perisian berkaitan komputer di dalam organisasi dan juga untuk kebaikan sendiri.

– Cara penulisan adalah mudah, buat secara point form di blog anda dan satu lagi yang lebih lengkap di dalam harcopy. (Kedua-dua maklumat dari blog dan hardcopy akan diberi markah)

– Setelah siap segala maklumat dan kajian, tuan puan bolehlah meletakkan alamat / link ke wordpress tuan- puan untuk saya semak di dalam bahagian comment tajuk blog ini.

– Tarikh menghantar kajian ini adalah 3 minggu dari tarikh blog ini dipaparkan.

– 3 Pelajar awal yang menghantar akan mendapat markah tambahan.

Sekali lagi saya memohon maaf dari segi kelewatan yang berlaku. Jikalau terdapat sebarang masalah bolehlah berhubung dengan saya melalui telefon pejabat / email.

Sekian terima kasih dan selamat berjaya.

8 thoughts on “Tugasan ILPBT Sesi 6 Tahun 2008

  1. A’kum iskandar saya linda dari MPBJ…saya haritu tak sempat ikut kursus blog siri 6 ILPBT, jadi ada beberapa perkara yg musykil perlu ditanya:-
    1.Adakah tugasan semuanya dalam bentuk blog?if iskandar bole beri gambaran sample point form tu mcm mana adalah cukup baik…saya budak baru belajar…hehehe
    2.hardcopy berapa muka surat?
    3.selain markah diberikan utk tugasan, adakah blog juga dinilai? apa ciri-ciri yg dilihat?berapa peratus yg diberi?
    4.saya dah try register blog baru, tlg semak…http://jazlynda.wordpress.com/

    iskandar tak sempat backup data?kecian habis data kena virus…

  2. salamz en iskandar.Sila komen blog saya regarding assignment yang telah diberi TQ!
    hanisa.wordpress.com

  3. Salam en. Iskandar.
    Hopefully jawapan saya seperti yang telah di’email’kan pada last week, menepati kehendak dan keperluan tugasan yang telah diberi. perhatian dan comment dari en. Iskandar adalah amat dialu2kan. TQ

    Have a nice day.
    FUAZA
    ILPBT Siri 6/2008

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s