Lanjutan mengenai soalan Tugasan ILPBT Sesi 6 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai yang bertanya kepada saya mengenai tugasan masing-masing, di mana ramai yang telah membuat kajian terhadap perisian yang tidak menepati kehendak soalan. Sebagai contoh ada yang membuat perbandingan perisian antivirus, perisian anti-spyware dan lain-lain.

Namun yang sebenarnya yang saya mahukan ialah perisian yang membolehkan kawalan terhadap penggunaan internet dari memasuki laman yang tidak sesuai, laman yang mengandungi elemen phishing seperti yang di pelajari di kelas tempoh hari.

Contoh perisian yang tepat ialah perisian firewall yang terdapat dalam Windows XP SP2, perisian lain untuk organisasi dan kegunaan rumah seperti Barracuda Internet Filter, Symantec 360, Website Echo dan Cyberpatrol .

Contoh lain boleh didapati dengan membuat carian menggunakan tag cybersecurity, internet content filtering, firewall, url filtering dan yang berkaitan dengan tag tersebut. Tuan-puan boleh menerangkan juga bagaimana perisian tersebut berfungsi contoh seperti menggunakan engine url filter, meta tag filter, ip address filter, port filter dan yang berkaitan.

Kalau ada contoh pemasangan seperti network diagram lagi baik..🙂 Extra mark untuk effort.Contohnya boleh didapati disini. :- http://www.cisco.com/warp/public/110/pix_asa_url_filtering.html.

Tetapi perlu di ingatkan jangan letak gambar yang di ambil dari laman web tersebut sebarangan dan diletakkan di dalam blog anda. Perhatikan isu copyright samada dibenarkan atau tidak. Anda cuma boleh link balik ke alamat tersebut. Untuk tugasan bercetak boleh.

Okey dengan penjelasan ini di harapkan dapat membantu semua untuk membuat tugasan dengan lebih baik.

Kalau boleh bekerjasama supaya jawapan jangan “sama”. Penilaian dibuat bukan berdasarkan perisian yang dipilih. Ketepatan, kefahaman dan effort tuan-puan yang akan saya nilai. Kalau ada masalah, boleh beri komen pada blog saya ataupun email terus kepada saya.

Sila rujuk kata kunci ini di dalam wikipedia.
http://en.wikipedia.org/wiki/Network_Access_Control

Dari Networkworld
http://www.networkworld.com/topics/nac.html

Sekian, wasalam.

23 thoughts on “Lanjutan mengenai soalan Tugasan ILPBT Sesi 6 2008

  1. Salam en.Iskandar,

    jika ada sebarang komen dan perlu penambahbaikan concerning jawapan saya bagi tugasan yang telah diberikan, harap mendapat reply dari en.Iskandar. eventhough banyak kelemahan/kesalahan pada jawapan saya, harap at least ianya betul dan memuaskan🙂

    TQ.
    FUAZA
    ILPBT 6/2008

  2. Assalamualaikum…….

    saya dah post assignment dlm blog saya saidatul.wordpress.com. Harap jawapan assign saya menepati kehendak soalan…..Terima kasih

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s